ASSALAMUALAIKUM USTAZ,
SAYA MOHAMAD KHAIRULNAZRIN BIN MOHD KASIM .NO MATRIK 2011820866..
BIODATA NENEK:
BIODATA NENEK:
SAYA INGIN MENCERITAKAN KISAH DAN PENGALAMAN NENEK SAUDARA SAYA MENGERJAKAN IBADAH HAJI BERDASARKAN TEMU RAMAH YANG TELAH SAYA
LAKUKAN.NAMA DIBERI LEHAH BT. MOHAMAD, ADALAH SEORANG MUSLIMAH YANG BOLEH MENJADI CONTOH YANG BOLEH KITA IKUTI.BERUMUR 68 TAHUN. KEHIDUPAN YANG SERBA SEDERHANA SUNGGUH DIKAGUMI OLEH SAYA.DALAM USIA YANG SEBEGITU MUDA IAITU SEKITAR 25 TAHUN,BELIAU TELAH MENJADI JANDA KERANA SUAMI PILIHAN KELUARGA TIDAK SERASI DENGANNYA.SETELAH BEBERAPA TAHUN MENCARI REZEKI DI SINGAPURA PADA TAHUN 70-AN BELIAU PULANG SEMULA KE KAMPUNGNYA DI JASIN,MELAKA KERANA TERPANGGIL UNTUK MEMBELA ORANG TUANYA YANG SAKIT.BAPANYA YANG SAKIT DIJAGA OLEH BELIAU SEHINGGA KE AKHIR HAYAT BAPANYA KERANA BAPANYA SEORANG POLIS PESARA.BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN,IBUNYA PULA KEMBALI KE RAHMATULLAH.TINGGALAH BELIAU SEBATANG KARA. IBU SAYA IAITU ANAK SAUDARANYA MENEMANI HIDUPNYA HINGGA KE HARI INI.BELIAU MERUPAKAN SEORANG ANAK YANG SOLEHAH DAN MUNGKIN SEBAB ITU BELIAU SENTIASA DIPELIHARA DARIPADA SEGALA MASALAH.TIDAK DINAFIKAN SEHINGGA HARI INI HIDUPNYA SENTIASA BERADA DI DALAM KETENANGAN DAN KEBAHAGIAN BERSAMA KAMI SEKELUARGA.

PADA TAHUN 1992,BELIAU MENGERJAKAN IBADAH HAJI BERSAMAAN DENGAN TAHUN SAYA DILAHIRKAN.PEMERGIANNYA KE TANAH SUCI ADALAH DARI HASIL JUALAN TANAH PUSAKA YANG DITINGGALKAN OLEH IBUNYA.BELIAU MEMULAKAN PENDAFTARAN DI TABUNG HAJI UNTUK MENUNAIKAN HAJI.SELEPAS MENGIKUTI KURSUS HAJI SELAMA BEBERAPA TAHUN BELIAU PUN DI PANGGIL UNTUK MENUNAIKAN FARDU HAJI KE TANAH SUCI ALMUKARAMAH.BELIAU KEMUDIANNYA MENGIKUTI PENERBANGAN MAS KE-9 BERSAMA KAKAKNYA DARI KOMPLEKS TABUNG HAJI MENAIKI LAPANGAN TERBANG SUBANG KE JEDDAH DAN MADINAH. PERJALANAN MENGAMBIL MASA SELAMA 8JAM DARI JEDDAH KE MADINAH.BELIAU DIBAWA KE ASRAMA YANG TELAH DITETAPKAN.MUSIM HAJI BELUM TIBA,BELIAU DIBAWA UNTUK MELAWAT TEMPAT BERSEJARAH SAMBIL MENUNAIKAN UMRAH TERLEBIH DAHULU.
Masjidil Haram di MEKAH.
BELIAU MENGERJAKAN HAJI TAMATTUK IAITU HAJI DAN UMRAH SECARA BERASINGAN, IAITU MELAKUKAN UMRAH DAHULU BARU DI IKUTI OLEH HAJI. PERTAMA KALI MENJEJAKKAN KAKI KE MASJIDIL HARAM BELIAU MERASA SAYU DAN SEDIH KERANA BERJAYA MENJEJAKKAN KAKI KE BUMI ALLAH YANG BARAKAH.SEMASA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT DI MASJIDIL HARAM,BELIAU DIUJI APABILA TIDAK NAMPAK PINTU KE JALAN KELUAR . TAPI DISITULAH TERLETAKNYA KEBESARAN ALLAH S.W.T APABILA SELESAI SAHAJA BELIAU MEMBUAT SEMBAHYANG SUNAT DAN BERDOA MEMOHON AGAR MENEMUI PINTU KE JALAN KELUAR.AKHIRNYA DOA BELIAU TERMAKBUL.BERBAGAI-BAGAI UJIAN DAN DUGAAN YANG BELIAU TEMPUHI TETAPI SEMUANYA DAPAT DIJALANI DENGAN IZIN ALLAH S.W.T DENGAN SEMPURNA.SELEPAS SELESAI IBADAH UMRAH,IBADAH HAJI PUN BERMULA.
IBADAH HAJI DIMULAKAN DENGAN RUKUN YANG PERTAMA IAITU NIAT IHRAM.SELESAI MEMAKAI IHRAM DI MIQAT,RUKUN HAJI YANG KEDUA DIJALANKAN IAITU WUKUF DI PADANG ARAFAH.WALAUPUN SEKEJAP, IAITU PADA GELINCIR MATAHARI 9 ZULHIJJAH SEHINGGA TERBIT FAJAR PADA 10 ZULHIJJAH SELESAI WUKUF DI PADANG ARAFAH,TAWAF TUJUH KALI,MENGELILINGI KA’ABAH PULA DILAKUKAN.BELIAU MEMBAWA KAKAKNYA DENGAN PENUH SABAR KERANA BERAT BADAN KAKAKNYA MEMBUATKAN NENEK MERASAI SATU BEBANAN TETAPI IANYA SATU PAHALA YANG BESAR.TAWAF TERBAHAGI KEPADA EMPAT JENIS TAWAF IAITU TAWAF QUDUM,TAWAF IFADHAH,TAWAF WADAK,DAN TAWAF SUNAT YANG DILAKUKAN DIDALAM MASJIDIL HARAM DAN DIMULAKAN DI PENJURU HAJARULASWAD.RUKUN YANG SETERUSNYA IAITU SAI’ IAITU BERJALAN BERULANG- ALIK DARI BUKIT SAFA KE BUKIT MARWAH SEBANYAK TUJUH KALI DAN NIAT SAI’ KETIKA DI BUKIT SAFA.KEEMPAT-EMPAT RUKUN HAJI YANG TELAH BELIAU LAKUKAN BERJALAN DENGAN LANCAR TANPA SEBARANG MASALAH KECUALI KAKAKNYA MENGHADAPI MASALAH SEDIKIT KETIKA SAI’ KERANA TERPAKSA MENAIKI KERUSI RODA KERANA TIDAK BERDAYA UNTUK MENAIKI BUKIT SAFA KE MARWAH.SAI’ JUGA MEGAJAR KITA SUPAYA TABAH DAN CEKAL DALAM MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN.IA JUGA MENGAJAR KITA SUPAYA MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA SITI HAJAR MENCARI AIR UNTUK ANAKNYA.
TAWAF MENGELILINGI KAABAH SEBANYAK 7 KALI |
IBADAH SAI....LORONG TENGAH DIKHASKAN UNTUK JEMAAH HAJI YG SAKIT ATAUPUN TIDAK BERKEMAMPUAN DAN JUGA SEMASA KECEMASAN |
MELONTAR DI JAMRATUL AQABAH DILAKUKAN PADA MALAM 10 ZULHIJJAH DAN BERLANJUTAN SEHINGGA TERBENAM MATA HARI PADA 13 ZULHIJJAH.WAKTU YANG AFDAL IALAH PADA WAKTU PAGI 10 ZULHIJJAH.UNTUK MELONTAR,BELIAU TELAH MENGUTIP BATU SEBANYAK 21 BIJI UNTUK TIGA KALI LONTARAN IAITU TUJUH BIJI UNTUK JAMRAH U’LA, TUJUH BIJI UNTUK JAMRATUL WUSTA DAN TUJUH BIJI UNTUK JAMRATUL AQABAH BELIAU TELAH MENGUTIP BATU UNTUK KAKAKNYA SEKALI SEBANYAK 21 BIJI.
3 JAMRATUL IAITU JAMRAH ULA`,JAMRATUL WUSTA DAN JAMRATUL AQABAH |
RUKUN SETERUSNYA IALAH BERCUKUR ATAU MENGUNTING RAMBUT SEBANYAK TIGA HELAI.IANYA WAJIB DILAKUKAN DI TANAH HARAM.BERCUKUR INI MERUPAKAN SIMBOL MEMBERSIHKAN DIRI DARIPADA SEGALA SIFAT TERCELA SERTA DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA.SEPANJANG BELIAU MENUNAIKAN HAJI INI,TIADA MASALAH YANG BELIAU HADAPI KERANA BELIAU RAJIN BERSEDEKAH DAN MENOLONG MUSLIMAT KETIKA KECEMASAN,CONTOHNYA KETIKA SAKIT.RUKUN HAJI YANG TERAKHIR IALAH TERTIB IAITU MELAKUKAN RUKUN-RUKUN HAJI MENGIKUT SUSUNAN. TERTIB JUGA MENDIDIK UMAT ISLAM BERDISIPLIN DALAM SETIAP PEKERJAAN.BELIAU RASA BERSYUKUR DAN BERPUAS HATI KERANA DENGAN IZIN ALLAH BELIAU MENJALANKAN IBADAH HAJI DENGAN SEMPURNA DAN MUDAH-MUDAHAN MENDAPAT HAJI YANG MABRUR.SELEPAS SELESAI IBADAH HAJI BELIAU MULA MENGEMAS BARANG UNTUK PULANG SELEPAS SATU BULAN DI TANAH SUCI.DENGAN PERTOLONGAN DARI PETUGAS-PETUGAS DI TABUNG HAJI,SEGALA-GALANYA BERJALAN DENGAN LANCAR.
BERCUKUR MERUPAKAN SIMBOL MENGHAPUSKAN DOSA |